Wednesday 29 August 2012

Kucing durjana

Entoh kenape entri kali ini gua berminat nak cerita pasal kucing, padahal gua ni bukan tergolong dalam golongan pakwe yang favourite pada  binatang tersebut yang dinamakan KUCING. Ok straight forward benda yang gua nak cerita pasal kucing sekarang ini adalah pasal insiden yang berlaku kejak tadi.

                Seperti biasa, aktiviti keluor malam adalah satu aktiviti yang serius bagi kutu terpelajar lulusan universiti tempatan macam gua ni. Sesudah sedap-sedap melepak bersama geng-geng puaka, rumah tetap menjadi pilihan hati. Setibanya gua dipintu rumah, terkejut juga bile gua terserempak 2 ekor kucing sedang berasmara atas rak kasut. Mengucap panjang sambil urut-urut dada juga gua masa tu. Yang buat gua geleng-geleng kepala, boleh pula kucing-kucing tersebut buat-buat terkejut bila terkantoi dengan gua.

                Dalam keadaan sedikit terkejut, gua tak berapa perasan sama ada kucing tersebut berjantina mende. Bermacam-macam andaian muncul dalam kepala ni sama ada kedua-dua ekornya kucing jantan dan bernafsu gay atau kedua-dua ekornya berjantina betina dan bernafsu lesbian. Tapi sebagai kutu yang sedikit berwawasan, gua mula syak yang 2 ekor kucing tersebut berjantina jantan dan betina sebenornya.

                Sambil gua mengurut dada tanda terkejut sempat juga gua kasi tarbiah sama 2 ekor kucing tersebut dengan berbunyi, "Astaghfirullah, ape engkorang dah buat ni. Berdua-duaan ditempat gelap, atas rak kasut rumah gua pulak tu". Kedua-dua ekor kucing tersebut mula menundukkan kepala. Gua sambung bertarbiah lagi, "Mulai saat ini, gua dah taknak tengok engkorang buat aktivit sumbang mahram macam ni lagi depan mata gua", cakap gua serius. "Gua dapat tangkap lagi sekali, gua sekeh sekor-sekor", gertak gua lagi.

                Maka bertebaran kucing tu melarikan diri, sang jantan sempat memimpin tangan sang betina meninggalkan rak kasut tersebut . . .




Saturday 18 August 2012

Kad raya untuk Robin van Persie


Kehadapan brada Robin van Persie,

           Gua selaku penggemar Menyu melompat-lompat serupa dirasuk setan menyambut kedatangan engkau setelah 4 tahun di Arsenal dan kini kemudiannya ke kubu Old Trafford season ini. Gua mula terbayang engkau melakukan bola lipat depan pintu gol Arsenal dan bergenangnya air mata penyokong Arsenal melihatnya.

           Gua harap kedatangan engkau ke Menyu ini, gua harap engkau dapat menaikkan momentum kekuatan Menyu dan merobohkan ego Manchester City yang sememangnya bongkak sikit lepas kelab mereka ditaja bilionair Pak Arab ni. Gua harap ade scene engkau kasi bola kangkang pada goalkeeper mereka, Joe Hart, apabila menentang mereka karang.

Brada van Persie,

              Pesanan terakhir gua, jika engkau menjaringkan gol ketika menentang Arsenal karang, janganlah engkau terlalu riak dan takabur sehingga engkau melakukan sliding contohnya didepan penyokong Arsenal kelak, cukuplah sekadar tepuk tangan perlahan-lahan sambil angguk-anggukkan kepala.

                 Sekian, penggemar Manchester United.


Peristiwa Ramadhan 1433

Sebelum bulan puasa tahun 2010 . . .

Seperti malam malam biasa, keluar supper lewat malam bersama beberapa puaka dan langsuir adalah perkara biasa bagi kutu yang berpelajaran universiti tempatan macam gua. Dengan hanya bersaksikan sebuah meja dan 4 buah kerusi serta ditemani segelas teh tarik, teh ais dan 2 milo ais, setiap puaka langsuir dan kutu bebas melontarkan idea dan pandangan serta ready untuk disailang jika cakap entoh mende-mende.

Secara tiba-tiba  . . .

"Sempena raya tahun ni ape kata kalau kita buat bisnes jual kuih raya ?" tanya Bob serius sambil mencucuh sebatang Dunhill.

"Mane kita nak cari supplier?" soal Redza sambil menghirup teh tarik gua.

"Takpe, semua tu biar aku handle", jawab Bob sambil menghembuskan asap rokok ke udara.

Hari demi hari, bulan demi bulan dan tahun berganti tahun . . .

Bulan puasa 2012 . . .

"Gua rase raya tahun ni gua nak buat bisnes kuih raya", Bob mengeluarkan pandangan beliau sambil memandang ke langit malam.

Redza mula mencucuh sebatang rokok sambil menjeling kearah gua, Lalok pula marah pada kucing-kucing yang lalu lalang dicelah meja dan gua terus fokuskan anak mata kearah tivi yang sedang bersiaran.

Friday 17 August 2012

#Sperma Cinta


"Lebih kelakar daripada cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah"

"Setiap helaian sperma cinta telah merembeskan endorfinku di luar tahap sukatan biasa"

"Kepuasan membaca blook ini semacam satu perasaan lega dapat langsai hutang PTPTN"

"Dia mula menulis secara amatur sejak dari bangku sekolah lagi iaitu sekitar hujung 80an"

"Penulisan pertama bertajuk Keluarga Saya mendapat mendapat kritikan hebat daripada guru matapelajaran Bahasa Malaysia dan rakan sedarjah beliau"

Thursday 16 August 2012

Al-kisah makwe kedai telefon

Entoh kenapa secara tiba-tiba sms yang gua kirim asyik pending, pending dan pending lagi. Disebabkan teringatkan bulan Ramadhan yang mulia, bergigil gua tahan diri daripada mencarut. Tapi bila diselidik secara halus, kredit out of stock rupanya kakaka tak sia-sia gua tahan carut kejak tadi.

Kemudiannya, dengan mesin rempit yang dah ready untuk dirempit bila-bila masa, gua mula memilih langkah yang bijak dan betul dengan memilih untuk ke kedai top-up kejak.

Setibanya dikedai sambil merenung tajam mata makwe kedai telefon tersebut. . .

"Top-up selkom rm10 ade ?", soal gua serius.

"Top-up selkom rm10 dah habis dik, ade yang rm30 je"', jawab kakak tersebut dengan jawapan menghiris perasaan.

"Emm top-up rm5 ade?", tanye gua bernada sedikit manja.

"Takde dik, beli yang rm30 laa", balas makwe kedai telefon tersebut sambil senyum menggoda.

"Tapi saya ade rm10 je", jawab gua bernada sedih yang bercampur sedikit menggoda juga.

"Suruh makwe je la yang top-up-kan", balas beliau yang sedikit menguji kekaliberan gua meng-handle suasana.

"Kakak jadi la makwe saya", balas gua dengan level konfiden yang tinggi.

*********************************************

Gua mematikan perbualan kami dengan menghidupkan suis mesin rempit dan memulas tali minyak sekuat yang boleh sambil berbibik dalam hati,"Wajah gua ni ada ala-ala pengikis makwe ke mende"


Monday 13 August 2012

#2

Alexander : Wajah kau sedih, kau ada masalah ?
Alexis : Kau masih ingat pasal gadis yang aku cerita tempoh hari ?
Alexander : Ya, kenape ? Kau dah berjaya gapai hatinya ?
Alexis : (Diam) . . . Susah . . .
Alexander : Apa yang susah ?
Alexis : Dia cantik dan ramai berminat.
Alexander : Masalahnya ?
Alexis : Aku hanya seekor kutu, macam mana aku mahu bersaing sama singa dan harimau diluar sana. Kau faham maksud aku ?

Alexander : Adakah gadis yang kau minati bersifat kebendaan dan paras rupa ?
Alexis : (Diam)

Alexander : Kalau engkau rasekan dia seorang gadis yang baik, kau patut berusaha dapatkan cintanya. Macam mana engkau mahu menjadi pelindung baginya jika masalah macam ini sudah buat engkau lemah ?
Alexis : (Tunduk)

Tragedi 24 Ramadhan 1433

Pejam, celik, bangun tido, mandi, pegi bazar, berbuka, terawih kat mesjid sambil cari capal dan selipar buat raye kat tangge mesjid, keluar malam, rupanya dah 24 hari pada bulan Ramadhan tahun ini gua perasan gua buat benda yang sama. Sahur tak pernah miss, time puasa banyak dugaan dia tapi gua masih boleh handle tanpa panik, steady bukan ? Nampak sangat gua komited berpuasa pada tahun ini bukan ? Nampak sangat gua dah boleh kawin bukan ?

Tapi bukan itu yang gua nak cerita, yang gua nak kasi cerita sekarang pasal majlis berbuka puasa yang diadakan dikawasan perumahan gua kejak tadi, pada 24 Ramadhan. Ceritanya bermula ketika gua selesai berbuka dan menghala pinggan dan gelas ditangan kearah paip air. Dan entah kenapa gua boleh tertegur Encik Rosili, bekas guru tuisyen matematik UPSR gua dulu, dengan nada berbunyi,

"Sarah tak datang ke Cikgu ?", tegur gua tanda sopan dan penuh muslihat.

"Tak, dia tak balik lagi" jawab beliau sambil membasuh tangan.

"Dia belajar kat mane sekarang Cikgu ?" tanye gua lagi walaupun gua dah tau apa jawapan dia.

"Dia sekarang belajar medic di New Zealand" jawab beliau sambil merenjis-renjiskan air tangan ke bumi

"Patut lame tak nampak, dah ke New Zealand dia. Lagipun dia memang pandai kan" balas gua sambil geleng-gelengkan kepale dan senyum sinis.

"Rezeki masing-masing, mungkin masa awak akan tiba nanti" kata beliau sambil senyum seperti berniat menjadikan gua sebagai menantu pilihan beliau.

"Saya perasan Sarah tu jadi pandai sampai sekarang sebab pernah time PMR dulu dia duduk sebelah meja saya Cikgu, dah sampai New Zealand dia sekarang" bisik gua dalam hati sambil mencapai sebijik pisang diatas meja sebelum beredar.


*Sarah Shamila, antara makwe yang sebaya di kejiranan gua, berkulit putih dan berkaca mata, menjadi teman sepermainan gua di satu ketika dahulu, diakui cerdik dan pandai dan entah beras mende yang mak dia pakai sampai bijak sangat, pernah satu sekolah dengan gua sebelum beliau ke MRSM dan gua ke Sekolah Menengah Teknik ketika di Tingkatan 4



Saturday 11 August 2012

#1

Alexis : Aku hepi !
Alexander : Kenape ?
Alexis : Aku dapat contact balik sorang teman yang dah 2 kali terputus hubungan, aku tak nak ianya terjadi lagi buat kali ke-3.
Alexander : Seorang gadis ?
Alexis : A'ah, seorang gadis. Macam mana kau tahu ?
Alexander : Senyum kau lain macam. Kau suka dia ?
Alexis : Pertama kali aku tengok dia buat aku senang hati, tapi sayang dia dan berpunya pada waktu tu. 
Alexander : Kau serius ?
Alexis : Sedangkan Hitler yang ganas boleh terjebak dengan cinta, kenapa bukan aku bukan ? Ya aku menaruh perasaan terhadap dia.
Alexander : Dia sudah berpunya bukan ?
Alexis : Ya, ketika permulaan perkenalan kami. Tapi kami terputus hubungan selepas tu sebelum pertemuan kami kali ke-2, tapi sayang dia sudah mempunyai teman baru pula.
Alexander : Sekarang ?
Alexis : Sekarang dia solo. (Senyum)
Alexander : Kau masih menaruh harapan perasaan dia ?
Alexis : Ya, sejak dari pertemuan kami sampai sekarang perasaan aku terhadap dia masih sama dan mungkin sebab itu aku belum bersedia untuk mana-mana wanita selain dia sebelum ini.
Alexander : Apa yang engkau ingin lakukan sekarang ?
Alexis : Patutkah aku luahkan perasaan sebenar aku terhadap dia ?
Alexander : Belum cuba belum tahu bukan ?
Alexis : (Senyum)

Wednesday 8 August 2012

#MatTiara


"Aku terus berkhayal dalam pelukan dosa"


"Aku belum baca Mat Tiara sebab penerbit belum bagi naskah percuma. Kalau dia bagi aku rasa buku ni okay"
Ahmad Kamal Abu Bakar, Penulis, Penyunting & Ayam Tambatan RakanKop

"Kepala jendul dan bersinar, telinga capang, smart pun tidak. Nasib baik awek koperasi polis tu tak jatuh cinta kat kau, Mat . . . "
Ajooba, Vokalis Angry Young Man

"Mat Tiara ada gila tersendiri, si pengumpul momen dan memori. Mulut lepas tapi mungkin hatinya baik"
Opie Sofia, Wartawan KOSMO Ahad

"Tiara okay, Mat Tiara hancur"
Nor Shafri Ishak, Olahragawan MRSM PDRM 1992-1996

"Dok faham mana dia ni . . ."
Rahaida Abd. Rahman, Guru SMK Tunk Telanai, Kuala Terengganu 

"Jangan percaya sangat cerita mamat ni. Tapi nak baca memang sedap"
Mat Due, Kapten Bola Pasukan MRSM PDRM 1992-1996



*Sebuah buku yang sesuai dibaca sambil bungkus murtabak dibazar, dapatkannya DISINI


#Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia


Tadaaaaa ! Entri kali ini gua nak kongsikan serba sedikit buku yang baru sahaja gua rogol kejak tadi. Sebuah buku hasil coretan dan carutan daripada brader Lucius Maximus yang mane gua akan sekali lagi geleng-geleng kepale sebagai tanda tidak pasti jika engkorang tanye samada beliau ni berbangsa melayu, cina, india atau bugis. Sebuah buku yang gua rase sesuai dibace oleh kutu-kutu yang berminat pada sukan bola sepak.

               Sebenornye gua pun tak berape pasti kenapa dan mengapa gua boleh terjebak terbace buku sebegini rupa sedangkan  membaca tu adalah antara perkara yang paling gua terfaktab. Mungkin sebab gua lelaki yang sedikit terabai daripada makwe makwe diluar sane yang membuatkan gua ghairah dan rakus sikit merogol buku ni.

               Sebuah buku yang berhalaman 180 muka surat tidak termasuk kulit ini menceritakan mengenai sejarah percubaan pasukan Harimau Malaya ke pertandingan teragung di dunia iaitu kejohanan bola sepak Piala Dunia bermula dari tahun 1937 sehingga 2010. Didalamnye juga terselit mengenai waktu kenaikan, kemeruduman, naik balik, menjunam kembali dan sekarang naik sedikit pasukan Harimau Malaya kita. Amboi serius benor gua bercerita.

               Ape yang mengagumkan gua adalah mengenai pandang penulis JIKA terbubarnya pasukan bola sepak kebangsaan oleh FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) , ape kite akan dapat lagi bersorak dan melompat-lompat macam dirasuk langsuir di stadium ? Ape dapat lagi kite mencarut-carut terhadap pasukan lawan lagi ? Tidak bukan ?

               Hingga munculnya 2 orang puaka atau anak muda dari Kuala Lipis yang sepakat untuk menubuhkan kembali pasukan kebangsaan kita. Gua pun termenung bile terfikirkan spirit anak muda ini entoh hantu mane yang rasuk mereka ni. Mereka telah membuat pinjaman bank untuk membeli sebidang tanah dan didirikan sebuah stadium mini dan bagi menjamin ekonomi pelaburan mereka, mereka turut membina cafe dan kolam ikan patin untuk kaki-kaki pancing.

               Mereka telah masuk ke setiap kampung untuk mencari bakat-bakat kecil sekitar umur 8-9 tahun untuk digilap bakat bola sepak mereka hinggalah munculnya sebuah pasukan bernama Torpedo Lipis FC seramai 30 orang pelatih. Tujuan mereka melakukan kerja kerja yang boleh dianggap tak masuk akal dan geleng geleng kepale juga gua dibuatnye ini adalah untuk menbuat seorang atau ramai "Cristiano Ronaldo" yang made in Malaysia. Setinggi Everest cita cita mereka bukan ?

               Tahun demi tahun pasukan Torpedo Lipis FC menjadi modal orang orang kampung melepak dikedai kopi kerana kehebatan pasukan tersebut sehingga munculnya pasukan lain disekitar daerah negeri Pahang seperti Real Bera, Athletico Kuantan, Bentong Hotspurs, Jerantut United dan banyak lagi muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

              Tapi bile cerita lebih-lebih ni nanti engkorang semua menguap arnab pulak, rasenye elok engkorang bace dan rase sendiri buku ni. Engkorang semua boleh dapatkannya disini KLIK DISINI 



Sunday 5 August 2012

Salam Nuzul Quran 1433. . .

Gua mula perasaan yang entri-entri gua yang sebelum ni tak pernah sekalipun ade salamkan ? Jadi bermula pada entri yang ala-ala keagamaan ni lagi manis kalau gua mulakan ucapan Assalamualaikum sebagai pembuka bicara yedak ? Kakaka Terase alim benor sekarang. Gua harap salam gua ni ada jawapan daripada pembaca yang terbace blog gua ni

              Sempena 17 Ramadhan 1433ni, rasenye setiap tahun umat Islam akan menyambut hari Nuzul al_quran yedak ? Emmm ape sebenornye hari Nuzul al-Quran ni ? Haa sini gua nak kabor, dan kalao kelentong-kelentong gua ni salah harap ade yang sudi  betulkan tanpa perlu menampor pipi gebu gua ni laju-laju.

Sejarah Nuzul al-Quran . . .

Sumber encik Google

             Sememangnya sudah menjadi tradisi bagi kita umat Islam, pada setiap tanggal 17 Ramadhan kita akan mengadakan peringatan Nuzul Al-Quran. Ianya diadakan sempena memperingati peristiwa Perang Badar Al-Kubra (dikatakan terjadi pada 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah). Peristiwa nuzul al_quran menjadi satu sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini.

Gambar encik Google

Apa makna Nuzul al-Quran ?

            Peristiwa Nuzul Al-Quran ini berlaku pada malam Jumaat 17 Ramadhan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabu Muhammad SAW. Perkataan Nuzul bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Manakala Al-Quran bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya.

Sumber tilikan Google

*Kebetulan pula 17 Ramadhan 1433 kali ini bersamaan dengan 6 Ogos ulangtahun kelahiran gua, indah sungguh rasa dia. Harap #CikSaye perasan =)

"Skills win you medals, attitude wins you heart"

Menarik sungguh ayat diatas bukan ? Hah, tak menarik ? Kalo engkorang rase kurang menarik gua boleh geleng kepale dan berbisik dalam hati yang engkorang sendiri pun tak faham dengan ayat tu.


"Skills win you medals, attitude wins you heart"

Munculnya ayat ni entoh dari langsuir mane datangnya di laman twitter gua pun geleng kepale sebagai tanda tak tahu, tapi yang pasti beliau tuju ayat ni di dahi Datuk Lee Chong Wei. Walaupun beliau kalah ditangan si langsuir bermata sepet "made in China" (Lin Dan) tu, kalah beliau bermaruah juga laa yang boleh gua kabor. 

Seperti biase yang menang akan melompat sambil bukak baju dan baling raket jauh-jauh sebagai tanda gembire kabornye, tapi kalao gua steady je tepuk tangan perlahan-lahan kekeke. Sekali lagi di Sukan Olimpik 2012 emas bukan menjadi rezeki Lee Chong Wei dan bermakna lesapnya hadiah bernilai kira-kira rm4juta yang ditawarkan kepada beliau. Syarikat ais-krim Baskin Robbins (BR) boleh menarik nafas lega sebab sebab ais-krim yang dijanjikan akan diagihkan secara percuma jika Lee Chong Wei menang akhirnye boleh ditarik balik. Mane-mane rakyat malaysia yang mengidam jugak tu boleh beli sendiri di BR yang berdekatan kakaka 

By the way, gua nak ucapkan tahniah kat Datuk Lee Chong Wei sebab walaupun kalah, gua nampak kalahnye bermaruah dan bukan free-free je kasi Lin Dan jadikan beliau lauk berbuka puase tadi. Gua harap title Datuk boleh dilucutkan daripada beliau dan digantikan dengan Tun pula, baru lejeng yedak ? Kakaka

 Sumber Google

 Sumber Google

Sumber Google

Saturday 4 August 2012

Pesanan seekor kutu

Seperti biasa, juga seperti malam-malam yang biasa gua maksudkan, gua dengan beberapa puaka, langsuir dan kutu akan cari mase untuk keluar melepak. Gua dengan diteman segelas teh tarik sedia mendengar sebarang cerita dan bersedia untuk menyailang (bangkang, pangkah) mane idea yang kurang berkenan

Tapi malam ni gua tertarik dengan seekor kutu ni, beliau kabor . . .

"Cari makwe yang susah nak tackle, susah nak tackle maknenya sayang nak lepas. Makwe macam ni boleh dibuat peneman hidup engko sepanjang hayat. Makwe yang senang dikutip macam kutip daun kering tepi jalan tu nescaye la, sekejap je engko buang lepas dah reput" 

Friday 3 August 2012

Kategori-kategori Frust

Ciptaan terbaik Allah dimuka bumi ini adalah manusia. Manusia bertuah kerana diciptakan mereka akal supaya dapat berfikir yang mane dapat membezakan mereka dengan binatang contohnya kucing, cicak, arnab dan sebagainya. Selain akal, manusia juga diciptakan perasaan supaya mereka dapat merasa gembira, bahagia, sedih, kecewa,pilu, sayang dan disayangi contohnya.

             Gua sebenornye sedang crush atau orang kampung gua sebut kecewa. Sebab ape ? Okay dalam gua nak kabor sebab dia gua crush gua selitkan sekali kategori-kategori yang akan gua kabor kat bawah ni. Engkorang semua boleh bace entri ni depan cermin sambil tilik-tilik yang engkorang crush tahap macam mana antaranya :

1.   Crush ditolak makwe / putus cinta


Gambar hiasan

Daripada pemerhatian dan sesi soal jawab dengan beberapa puaka dan langsuir yang pernah gagal dalam bercinta, mereka lebih cenderung menyendiri. Contohnya berjalan seorang diri sambil layan OST Ombak Rindu contohnya.

2.   Crush tak dapat jawab exam         

Sumber : Mesin tilik google

Yang biase gua nampak, macam ni la. Gua sebenornye duk perati je kebanyakan mereka-mereka ni semua suka luputkan tekanan tak dapat exam dengan lepas perasaan pada PSP, PS3 dan Dota contohnye. Tapi gua lain, bile gua serabut tak dapat exam gua pergi berwirid kat mesjid je keh keh keh

3.   Crush line celcom/maxis potong baki kredit

Gambar hiasan

Comelkan ? Bile gua marah, macam ni je cara dia. Takde gua nak mencarut-carut depan pejabat diaorang bagai. So, makwe-makwe diluar sane cepat-cepat ayat gua sepam dua kah kah kah. Engkorang marah macam mane ? 

4.   Tapi crush yang sebenornye gua nak kabor adalah . . .

Sumber sahih : www.upu.edu.my

Tapi jenis lelaki rare, cool dan steady macam gua ni tak panik nak handle masalah macam ni. Ah tipu =(

Thursday 2 August 2012

Entri pertama untuk blogging kali ke-2

Hai nama gua Wan Fadhil, panggil aje Wan atau Fadhil atau makwe-makwe semua boleh panggil Fad je (belum pernah orang panggil gua Fad). Amboi skema dan lurus kemaen, ala-ala nak introduce diri dalam ice-breaking pun ade. Memang gua skema orangnye, ya skema, ya 10 tahun yang lalu mungkin. Sekarang ber-imej puake tapi berjanji tak akan berperangai cilake.
        
           ENTRI PERTAMA UNTUK BLOGGING KALI KE-2 ? Kenapa ? Mengapa ? Jangan nak kabor gua serupa lalang yang mudah ditiup angin okay, tukar-tukar blog sama seperti tukar-tukar makwe. Tukar-tukar email dan bbpin dengan makwe tu ade la rasenye. Sebenornye gua pernah ada blog dulu, pernah ade beberape kerat follower, tapi gua gulung tikarkan dia. Sebab ? Suka-suka aje gua delete.

            Harapan gua di blog baru ni, gua dapat berkongsi idea dan pemikiran dengan engkorang semua. Idea perlu dikongsi agar ianya berkembang pesat, idea yang baik dijadikan jambatan ke peringkat lebih tinggi yedak ?

             Taip pepanjang pun tak gune kalau takde isi yedak ? Okay gua mulakan entri pertama untuk blogging kali ke-2 ni dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim . . .