Thursday, 6 September 2012

Monolog sendirian

Masuk hari ni adalah hari ke-2 gua terpenjara dirumah sendiri. Bukan dikurung. Bukan didera. Juga bukan sesekali dikenakan perintah berkurung. Masuk hari ni hari ke-2 member-member sepuaka bergerak membawa diri mengejar impian dan cita-cita masing-masing ke menara gading. Ditinggalnya gua dan seekor lagi kutu terkebil-kebil mata disini. Cilakak sungguh ! Tipu gua tak kabor macam tu, gua kabor, " Nanti midsem balik lepak atas meja bulat lagi kawan".

Tadi, yang gua maksudkan kejak tadi, iaitu beberapa minit tadi, gua terbaring diatas katil sambil dialun lagu Radiohead - Creep dan terfikir pasal satu benda. Gua selalu fikirkan benda ni. Tipu gua selalu fikirkan benda ni terutamanya ketika stuck didalam dewan peperiksaan selalunya.

"Kenapa gua perlu menduduki peperiksaan dan menjawab mengikut skema jawapan ?"

Soalan-soalan macam ni yang selalu muncul dalam kotak pemikiran gua setiap kali munculnya peperiksaan, terutamanya ketika stuck dan blur dalam dewan peperiksaan. Faking betei ! Gua rase gua seperti dilahirkan didunia ini untuk jadi robot. Dihantar ke sekolah untuk menjawab peperiksaan berdasarkan skema jawapan. Sape yang tentukan skema jawapan ? Sape yang tentukan jawapan betul atau salah ? Macam mana pelajar luar biasa seperti gua dan rakan-rakan lain ingin lontarkan pendapat sendiri ? Faking lagi sekali.

"Dan mengapa gua perlu mendapat gred yang baik untuk menyambung pengajian atau mendapat suatu pekerjaan?"

Pasal mende gua perlu mendapat gred yang baik untuk menyambung pengajian atau mendapat pekerjaan yang baik ? Sekali lagi gua rase diri dipermainkan sistem pendidikan, dihantar ke sekolah untuk menduduki peperiksaan, kemudiannya ditapis mengikut gred masing-masing. Mereka yang berjaya mendapat peluang menyambung pengajian, atau bekerja untuk menyumbang kepada ekonomi negara. (Cilakak betei pasal mende gua boleh taip ayat sebegini rupa). Kadang-kadang gua rase jika gua diberi peluang untuk memilih, gua memilih untuk jadi kertas, bagi kesenangan kepada manusia catit atau coreng mende yang mereka suka. Tapi jadi kertas hilang nikmat bercinta pula, yedok ? Kakaka

Ok bhai.




No comments:

Post a Comment