Sunday, 30 September 2012

Sahaja aku puasa tweet 7 hari . . .

Manchester United vs Tottenham Hotspurs

Hari Sabtu. Malam minggu. Malam yang kita dapat saksikan dimana si pakwe akan melupakan makwe/skandal/adik angkat mahupun kakak angkat sekalipun semata-mata memberi perhatian pada permainan yang dinamakan bola sepak. Lelaki mane yang tak suka tengok bola, yedok ? (Gua syak Chef Wan tak suka tengok bola). Malam ini juga kita dapat lihat kaum Adam ini bersorak serupa dirasuk langsuir pabila pasukan pilihan mereka menang dan sedih serupa makwe disailang lelaki lain jika pasukan pilihan mereka tersungkur atau kalah. (Faking, serupa Harian Metro gua punye ayat).

Gua sebagai lelaki maskulin dan iras-iras metropolitan (hakikatnye kutu kampung) tak ketinggalan bagi turut memeriahkan majlis ini. Orang kata terlanjur tweet, boleh di-delete. Tapi sebab gua punk dan berjiwa memberontak, gua peduli mende, gua takkan sesekali padam tweet gua walau typo teruk serupa budak baru belajar mengeja sekalipun. Gua ada betting dengan beberapa kutu rayau di timeline Twitter untuk puasa 7 hari andai pasukan feveret gua, Manchester United, pasukan yang pawer dan disegani oleh budak-budak Liverpool, dan dibenci oleh budak-budak Arsenal, Chelsea dan Manchester City juga. Walaupun mereka ini musuh, tapi kalau bab makwe Arsenal, Chelsea, Liverpool dan Manchester City, semua gua sayang kakaka.

90 minit perlawanan berlalu, kesudahannya Manchester United 2-3 Tottenham Hotspurs. Keputusan yang buat gua geleng-geleng kepala laju-laju. Gua dapat rasakan yang gua akan lalui minggu yang suram untuk 7 hari ini. Oleh sebab Arsenal turut kalah pada minggu, gua dapat rasekan hanye makwe-makwe Arsenal yang paham perasaan gua ketika itu. Berlagak gentle punye pasal, gua hadap juga betting untuk puasa tweet selama 7 hari.

Preview perlawanan :

Gol pembukaan Tottenham dari Jan Vertonghen

Gol ke-2 Tottenham menerusi Gareth Bale

Luis Nani merapatkan kedudukan kepada 2-1 untuk Manchester United

Jaringan ke-3 Clint Dempsey menghancurkan hati gua

Shinji Kagawa merapatkan jurang jaringan kepada 3-2 untuk Manchester United

Kesudahan, keputusan yang meranapkan impian gua.


p/s : Nasib baik gua bukan budak Liverpool, ape gila tiap-tiap minggu kalah kakaka







Monday, 24 September 2012

Tazkirah pagi Isnin

"Jangan diusung cinta kalau hati tak fit dan berstamina, terburai dipertengahan jalan karang"

Bosan ? Cermin diri.

Ramli kebosanan. Beliau mengambil keputusan untuk berdiri dihadapan cermin bagi mencerminkan dirinya yang serupa hopeles, tak boleh diguna pakai, rendah diri (bukan sopan tapi tak yakin), dan tak bermaya untuk menanti hari esok yang selalunya sama. Itu sahaja yang Ramli ingin cerminkan dirinya. Itu sahaja untuk entri kali ini.

Wednesday, 12 September 2012

Itu sahaja

Hari ini, gua berjalan ke dapur. Berjalan ke ruang tamu. Berjalan ke tandas. Berjalan ke bilik tidur. Berjalan kelilingi rumah. Itu sahaja yang gua lakukan hari ini. Itu sahaja yang gua nak taip untuk entri kali ini. Terima kasih gua ucapkan jika sudi membaca.

Thursday, 6 September 2012

Monolog sendirian

Masuk hari ni adalah hari ke-2 gua terpenjara dirumah sendiri. Bukan dikurung. Bukan didera. Juga bukan sesekali dikenakan perintah berkurung. Masuk hari ni hari ke-2 member-member sepuaka bergerak membawa diri mengejar impian dan cita-cita masing-masing ke menara gading. Ditinggalnya gua dan seekor lagi kutu terkebil-kebil mata disini. Cilakak sungguh ! Tipu gua tak kabor macam tu, gua kabor, " Nanti midsem balik lepak atas meja bulat lagi kawan".

Tadi, yang gua maksudkan kejak tadi, iaitu beberapa minit tadi, gua terbaring diatas katil sambil dialun lagu Radiohead - Creep dan terfikir pasal satu benda. Gua selalu fikirkan benda ni. Tipu gua selalu fikirkan benda ni terutamanya ketika stuck didalam dewan peperiksaan selalunya.

"Kenapa gua perlu menduduki peperiksaan dan menjawab mengikut skema jawapan ?"

Soalan-soalan macam ni yang selalu muncul dalam kotak pemikiran gua setiap kali munculnya peperiksaan, terutamanya ketika stuck dan blur dalam dewan peperiksaan. Faking betei ! Gua rase gua seperti dilahirkan didunia ini untuk jadi robot. Dihantar ke sekolah untuk menjawab peperiksaan berdasarkan skema jawapan. Sape yang tentukan skema jawapan ? Sape yang tentukan jawapan betul atau salah ? Macam mana pelajar luar biasa seperti gua dan rakan-rakan lain ingin lontarkan pendapat sendiri ? Faking lagi sekali.

"Dan mengapa gua perlu mendapat gred yang baik untuk menyambung pengajian atau mendapat suatu pekerjaan?"

Pasal mende gua perlu mendapat gred yang baik untuk menyambung pengajian atau mendapat pekerjaan yang baik ? Sekali lagi gua rase diri dipermainkan sistem pendidikan, dihantar ke sekolah untuk menduduki peperiksaan, kemudiannya ditapis mengikut gred masing-masing. Mereka yang berjaya mendapat peluang menyambung pengajian, atau bekerja untuk menyumbang kepada ekonomi negara. (Cilakak betei pasal mende gua boleh taip ayat sebegini rupa). Kadang-kadang gua rase jika gua diberi peluang untuk memilih, gua memilih untuk jadi kertas, bagi kesenangan kepada manusia catit atau coreng mende yang mereka suka. Tapi jadi kertas hilang nikmat bercinta pula, yedok ? Kakaka

Ok bhai.




Wednesday, 29 August 2012

Kucing durjana

Entoh kenape entri kali ini gua berminat nak cerita pasal kucing, padahal gua ni bukan tergolong dalam golongan pakwe yang favourite pada  binatang tersebut yang dinamakan KUCING. Ok straight forward benda yang gua nak cerita pasal kucing sekarang ini adalah pasal insiden yang berlaku kejak tadi.

                Seperti biasa, aktiviti keluor malam adalah satu aktiviti yang serius bagi kutu terpelajar lulusan universiti tempatan macam gua ni. Sesudah sedap-sedap melepak bersama geng-geng puaka, rumah tetap menjadi pilihan hati. Setibanya gua dipintu rumah, terkejut juga bile gua terserempak 2 ekor kucing sedang berasmara atas rak kasut. Mengucap panjang sambil urut-urut dada juga gua masa tu. Yang buat gua geleng-geleng kepala, boleh pula kucing-kucing tersebut buat-buat terkejut bila terkantoi dengan gua.

                Dalam keadaan sedikit terkejut, gua tak berapa perasan sama ada kucing tersebut berjantina mende. Bermacam-macam andaian muncul dalam kepala ni sama ada kedua-dua ekornya kucing jantan dan bernafsu gay atau kedua-dua ekornya berjantina betina dan bernafsu lesbian. Tapi sebagai kutu yang sedikit berwawasan, gua mula syak yang 2 ekor kucing tersebut berjantina jantan dan betina sebenornya.

                Sambil gua mengurut dada tanda terkejut sempat juga gua kasi tarbiah sama 2 ekor kucing tersebut dengan berbunyi, "Astaghfirullah, ape engkorang dah buat ni. Berdua-duaan ditempat gelap, atas rak kasut rumah gua pulak tu". Kedua-dua ekor kucing tersebut mula menundukkan kepala. Gua sambung bertarbiah lagi, "Mulai saat ini, gua dah taknak tengok engkorang buat aktivit sumbang mahram macam ni lagi depan mata gua", cakap gua serius. "Gua dapat tangkap lagi sekali, gua sekeh sekor-sekor", gertak gua lagi.

                Maka bertebaran kucing tu melarikan diri, sang jantan sempat memimpin tangan sang betina meninggalkan rak kasut tersebut . . .




Saturday, 18 August 2012

Kad raya untuk Robin van Persie


Kehadapan brada Robin van Persie,

           Gua selaku penggemar Menyu melompat-lompat serupa dirasuk setan menyambut kedatangan engkau setelah 4 tahun di Arsenal dan kini kemudiannya ke kubu Old Trafford season ini. Gua mula terbayang engkau melakukan bola lipat depan pintu gol Arsenal dan bergenangnya air mata penyokong Arsenal melihatnya.

           Gua harap kedatangan engkau ke Menyu ini, gua harap engkau dapat menaikkan momentum kekuatan Menyu dan merobohkan ego Manchester City yang sememangnya bongkak sikit lepas kelab mereka ditaja bilionair Pak Arab ni. Gua harap ade scene engkau kasi bola kangkang pada goalkeeper mereka, Joe Hart, apabila menentang mereka karang.

Brada van Persie,

              Pesanan terakhir gua, jika engkau menjaringkan gol ketika menentang Arsenal karang, janganlah engkau terlalu riak dan takabur sehingga engkau melakukan sliding contohnya didepan penyokong Arsenal kelak, cukuplah sekadar tepuk tangan perlahan-lahan sambil angguk-anggukkan kepala.

                 Sekian, penggemar Manchester United.